Perakaunan merupakan proses yang paling penting di dalam perniagaan tidak mengira entiti yang didaftarkan. Proses perakaunan membantu perniagaan di dalam aspek mengenalpasti kekuatan kewangan perniagaan secara bulanan atau tahunan. Perakaunan melalui penyediaan penyata kunci kira-kira dapat mengenalpasti segala kos-kos yang digunakan oleh perniagaan disamping boleh mengenal pasti ketirisan kewangan sekiranya berlaku. Perkara ini dapat mengelakkan perniagaan daripada mengalami kerugian berterusan.

Kos di Dalam Pengiraan Akaun

Di dalam pengiraan akaun, terdapat beberapa kos yang wujud di dalam penyata kunci kira-kira yang perlu difahami supaya mudah untuk dirujuk. Kos pertama yang wajib muncul di dalam penyata kunci kira-kira adalah jualan. Jualan merupakan segala bentuk kos yang masuk ke dalam perniagaan apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan. 

Kekuatan sesebuah syarikat turut dinilai mengikut kepada hasil jualan syarikat yang merujuk kepada jumlah produk atau perkhidmatan yang berjaya dijual dalam tempoh setahun. Selain itu, jualan juga merujuk kepada jumlah produk atau perkhidmatan yang berjaya dijual sebelum ditolak dengan kos dasar yang diperlukan.

Disamping itu, kos kedua yang wujud di dalam pengiraan akaun perniagaan adalah kos jualan. Kos jualan adalah segala kos yang terlibat di dalam penawaran servis atau produk yang disediakan. Dalam erti kata lain lebih kepada kos yang melibatkan pembentukan sesuatu produk atau perkhidmatan. 

Kos Menjual VS Kos Jualan

Sebagai contoh, kos menjual produk kesihatan adalah kos yang dikenali sebagai kos barangan yang dijual manakala kos jualan adalah kos yang terlibat di dalam penyediaan produk tersebut seperti kos pengilangan, kos pembungkusan, kos pekerja dan lain lain. Dapat disimpulkan kos jualan adalah segala kos di dalam menjadikan sesebuah produk atau perkhidmatan tersebut dapat dijalankan dengan mudah untuk menanggung kos pembuatan dan kos menjalankan aktiviti tersebut.

Kos yang ketiga adalah perbelanjaan. Kos perbelanjaan merupakan perkara yang paling penting kerana di peringkat ini bakal menentukan segala kos – kos yang pada kebiasaannya menentukan pengecualian percukaian dapat dimanfaatkan atau tidak. Pada peringkat ini juga melibatkan segala kos perbelanjaan yang menyeluruh di dalam perniagaan dimana merangkumi kos perbelanjaan seperti bayaran sewa pejabat, bayaran gaji pekerja, pembelian alat tulis dan sebagainya yang memanfaatkan syarikat. Perbelanjaan yang bakal direkod juga harus selari dengan kos di dalam penyata bank perniagaan disamping dilampirkan dengan bukti-bukti pembelian seperti resit dan sebagainya. Sekiranya pada peringkat ini anda gagal menyediakan dokumen sokongan tersebut boleh menyebabkan kadar percukaian semakin tinggi dan turut menyebabkan segala pengecualian percukaian tidak dapat dimanfaatkan.

Untung Rugi Perniagaan

Setelah kos-kos diatas telah dikenalpasti dan direkodkan ke dalam penyata kunci kira-kira maka untung rugi perniagaan dapat dikira dengan mudah melalui proses penolakan kos perbelanjaan daripada kos jualan dan kos produk atau perkhidmatan. 

Apabila kos tersebut telah berjaya diekstrak daripada dokumentasi perakaunan maka barulah akauntan atau sekiranya anda membuat akaun dengan sendiri boleh membuat penolakan dengan zakat dan sebagainya bagi mendapatkan untung bersih bagi perniagaan anda. 

Mengenalpasti keuntungan bersih amat penting bagi melihat jumlah simpanan perniagaan yang boleh dibawa ke tahun atau bulan depan bagi tujuan mengembangkan lagi perniagaan pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, pastikan anda ambil cakna berkenaan kos-kos yang wujud di dalam pengiraan akaun walaupun secara asas.

“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.