“Betul ke ada kelebihan bayar cukai?”

Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya anda menjalankan proses percukaian dimana percukaian sebenarnya dapat memberikan manfaat kepada pemilik perniagaan dan juga individu. 

Sebagaimana yang umum sedia maklum, setiap pemilik perniagaan pasti sedar bahawa tujuan menjalankan perniagaan adalah untuk mendapatkan kebebasan kewangan yang paling maksimum, terutamanya apabila pemilik tersebut pandai menjalankan perniagaan disamping rajin membuat jualan. 

Setelah mempunyai empayar perniagaan yang berkembang, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek percukaian. Oleh yang demikian, sebagai pembayar cukai, pastinya anda tertanya-tanya apakah kelebihan sekiranya anda membayar cukai? 

Kelebihan Bayar Cukai

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, melunaskan bayaran cukai dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Akan tetapi, apakah manfaat yang usahawan dapat? 

Oleh itu, ketahuilah kelebihan demi kelebihan sekiranya anda membuat bayaran percukaian dan membuat deklarasi kepada Lembaga Hasil dalam Negeri. Perkara utama yang paling bermanfaat apabila anda membuat deklarasi cukai adalah anda dapat menempah tiket perhatian daripada pihak bank. 

1. Kelebihan bayar cukai – mudah mendapat pinjaman perniagaan

Sebagaimana yang anda tahu, pihak bank amat gemar akan pemilik perniagaan yang mempunyai resit cukai oleh sebab institusi perbankan dapat mengenalpasti keadaan kewangan perniagaan anda.

Perhatian daripada pihak bank adalah sangat penting bagi memudahkan urusan perniagaan untuk terus berkembang melalui pelbagai aspek terutamanya kewangan. 

Sebagai contoh, sekiranya pemilik perniagaan ingin mengembangkan perniagaan, pastinya faktor utama yang membantutkan proses tersebut adalah modal perniagaan. 

Cara yang paling mudah adalah melalui pinjaman perniagaan melalui bank. Kebiasaannya, adalah sangat sukar untuk memperoleh pembiayaan perniagaan daripada pihak bank disebabkan oleh rekod perniagaan yang tidak baik, terutamanya apabila tidak pernah membayar cukai. 

Setiap rekod percukaian seperti resit dapat melambangkan kekuatan sesebuah perniagaan yang boleh menjadi faktor yang terkuat dalam meyakinkan pihak bank dan institusi kewangan. 

2. Mudah untuk beli rumah, kereta dan sebagainya

Sekiranya pemilik perniagaan ingin membeli rumah, kereta dan sebagainya juga memerlukan resit cukai yang merupakan dokumen sokongan paling penting bagi memudahkan urusan untuk memberikan kelulusan kepada anda.

“Bagaimana dengan cukai import?”

Cukai import diwujudkan bagi menggalakkan penggunaan barangan tempatan. Pemilik perniagaan tempatan adalah kategori yang paling menerima manfaat apabila cukai import diperkenalkan. 

Ini adalah kerana setiap barangan import akan dikenakan cukai oleh pihak kerajaan menjadikan pengguna lebih memilih produk barangan tempatan atau domestik yang lebih berpatutan. 

Akan menjadi satu kelebihan buat anda sekiranya bayar cukai import menjadikan rakyat atau pengguna akan lebih terarah kepada membantu menyokong produk tempatan disamping meningkatkan lagi ekonomi tempatan terutamanya peniaga-peniaga kecil. 

Perkara ini dilihat dapat meningkatkan perdagangan dalam negara di samping meningkatkan keharmonian negara melalui peningkatan kadar ekonomi pemilik perniagaan.

Pengenalan percukaian juga turut menggalakkan pembayaran cukai disamping memberikan pengecualian cukai bagi tujuan kebaikan. Sebagai contoh, antara salah satu pengecualian cukai yang diberikan adalah di bawah cukai gaya hidup dimana cukai sebegini memberikan pengecualian bagi pembelian buku dan bahan bacaan ilmiah. 

Perkara ini adalah satu inisiatif bagi meningkatkan lagi budaya membaca dalam kalangan rakyat disamping menggalakkan budaya pertambahan ilmu bagi golongan kanak-kanak serta generasi muda. Kadar buku yang pada asasnya merupakan bahan bacaan yang diimport juga dapat dijual ke dalam pasaran dengan harga berpatutan dan mampu milik. 

Kesimpulan Kelebihan Bayar Cukai

Oleh yang demikian, sebagai pembayar cukai yang setia dan menyumbang kepada pembangunan, peningkatan dan kemudahan sesebuah negara turut menghasilkan situasi menang-menang atau win-win situation kepada golongan ini. 

Hal ini adalah disebabkan percukaian sebenarnya dapat memberikan manfaat yang pelbagai kepada pemilik perniagaan dan individu yang membayar cukai. Faktor ini merupakan nilai tambah yang penting dalam memastikan setiap urusan perniagaan dan urusan peribadi dipermudahkan serta dapat memberikan keyakinan kepada pelbagai pihak.

“Perlukan Konsultansi Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.