“Kenapa syarikat beli kereta mewah?”

Tahukah anda bahawa terdapat ramai usahawan yang membeli kereta-kereta mahal bagi kegunaan perniagaan mereka? Pernah terfikir kenapa setiap usahawan sentiasa membeli kereta yang mahal-mahal atau jenama yang tinggi kosnya bagi tujuan perniagaan mereka. Pastinya mereka mempunyai sebab yang kuat walaupun pada pandangan kasarnya pembelian kereta yang mahal tidak memberi sebarang manfaat kepada perniagaan. 

Kenapa Syarikat Beli Kereta Mewah?

Strategi pembelian kereta mewah bagi sesebuah syarikat telah digunakan oleh ramai usahawan bagi tujuan mendapatkan kelebihan sebagai ahli perniagaan. Untuk pengetahuan anda, setiap kenderaan mewah yang dibeli oleh usahawan dalam sesebuah syarikat mendapat kelebihan yang amat banyak jika dibandingkan dengan pembelian kenderaan di bawah konsep personal. Hal ini adalah kerana, setiap kos yang melibatkan kenderaan tersebut adalah di bawah tanggungjawab syarikat. 

1. Syarikat Beli Kereta Mewah dan Tanggung Semuanya

Pembelian kenderaan di bawah syarikat atau lebih dikenali sebagai kenderaan komersial adalah salah satu strategi yang paling berkesan yang digunakan oleh pemilik syarikat kerana manfaat yang dapat dinikmati antaranya adalah kos-kos membaiki kenderaan tersebut. Segala kos yang melibatkan kenderaan tersebut meliputi kos membaiki kenderaan secara menyeluruh adalah di bawah tanggungjawab syarikat selagi kenderaan tersebut adalah di bawah unit komersial syarikat. Secara logiknya, kenderaan tersebut ditanggung secara penuh oleh syarikat kerana kenderaan tersebut amat diperlukan di dalam penggunaan syarikat secara harian termasuk perjalanan ke sesuatu tempat. 

2. Syarikat Beli Kereta Mewah Bagi Tujuan Keselesaan dan Keselamatan

Antara sebab lain mengapa usahawan memilih untuk membeli kenderaan mewah di bawah syarikat di samping segala kos pembaikan yang ditanggung oleh syarikat adalah kerana kenderaan mewah tersebut juga digunakan untuk menghadiri segala program atau digunakan untuk menuju ke destinasi yang lebih jauh dimana aspek keselamatan adalah amat penting. Kenderaan-kenderaan mewah mempunyai ciri- ciri keselamatan yang bertaraf antarabangsa dan berada pada tahap tertinggi. Ciri keselamatan tahap tertinggi adalah merupakan kriteria yang amat diperlukan oleh setiap usahawan oleh kerana pada situasi kecemasan seperti perlu sampai awal ke sesuatu tempat dengan selamat memerlukan penggunaan kenderaan mewah bagi tujuan tersebut.

3. Syarikat Beli Kereta Mewah untuk Pengecualian Cukai

Selain daripada itu, kenderaan mewah yang dibeli di bawah syarikat juga mendapat tanggungan syarikat secara penuh apabila dibeli di bawah status komersial. Antara kelebihan di bawah aspek percukaian adalah kenderaan komersial yang dibeli di bawah syarikat mendapat pengecualian cukai secara penuh iaitu mengikut kepada harga kenderaan tersebut. Berbeza dengan kenderaan bukan komersial dimana iainya tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan di samping mengikut kepada konsep samada kenderaan baharu atau secondhand. 

Strategi pembelian kenderaan mewah ini amat berbaloi dimana mendapat kelebihan tanggungan secara penuh oleh syarikat di samping kenderaan tersebut turut dapat digunakan sebagai kenderaan yang dapat menonjolkan imej sesebuah syarikat terutamanya usahawan-usahawan kosmetik. Oleh yang demikian, ini adalah strategi yang dibongkarkan oleh kebanyakan usahawan-usahawan syarikat. 

Kemampuan Pembelian Kereta Mewah

Namun, harus diingatkan juga bahawa konsep strategi kenderaan mewah ini walaupun dilihat sebagai strategi yang terbaik, namun anda perlu lihat juga kepada kemampuan syarikat untuk menanggung kos-kos yang bakal dikenakan apabila memiliki kenderaan mewah tersebut. Hal ini kerana terdapat banyak juga kos yang terpaksa syarikat tanggung apabila tersalah step dalam pembelian kenderaan mewah yang belum mencapai kemampuan syarikat seperti kos pembaikan, kos insurans, cukai jalan dan sebagainya. Kaji dahulu kemampuan syarikat sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kenderaan mewah tersebut. 

“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.