“Apa beza sales dan komisyen dalam pengiraan akaun?”

Setiap perniagaan tidak mengira entiti pastinya tidak asing lagi dengan konsep jualan atau sales. Bagi setiap perniagaan, jualan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan syarikat atau perniagaan sentiasa bergerak ke hadapan di samping memerlukan kewangan yang kukuh untuk terus berkembang. 

Apa itu Sales atau Jualan?

Jualan melambangkan kekuatan sesebuah perniagaan dalam mencapai anjakan paradigma yang lebih tinggi selain meningkatkan imej perniagaan dalam mencapai kepercayaan pelabur dan sebagainya. 

Jika dilihat dari aspek ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap perniagaan, pastinya ciri pertama adalah jualan oleh kerana matlamat setiap perniagaan adalah meningkatkan cash flow atau cash reserve syarikat supaya segala urusan menjadi lebih mudah seperti menambah ahli dan sebagainya. 

Kebolehupayaan sesebuah syarikat untuk terus kekal relevan di dalam industri bergantung kepada jualan semasa dahulu. Survivability syarikat juga diukur melalui kepandaian usahawan atau syarikat untuk memasukkan jumlah jualan yang tinggi ke dalam perniagaan mereka.

Apa itu Komisyen?

Namun, terdapat juga konsep komisyen di mana kebanyakan usahawan-usahawan kosmetik dan sebagainya menggunakan konsep komisyen kepada sales team supaya dapat meningkatkan lagi jualan syarikat. Komisyen adalah diberikan berdasarkan peratus atau portion daripada setiap jualan yang berjaya dibuat oleh seseorang individu. Tahap komisyen dikira berdasarkan jualan yang berjaya dicapai dalam tempoh sebulan. Komisyen digunakan supaya dapat meningkatkan lagi semangat setiap individu untuk membuat jualan yang lebih banyak selaras dengan komisyen yang lebih tinggi. 

Di samping itu, konsep komisyen dilihat dapat mengekalkan tahap kesetiaan pekerja jika diberikan latihan yang padat berkenaan produk yang ingin dijual. Apabila seseorang individu mencapai tahap jualan yang memberangsangkan, keinginan untuk membuat pencapaian yang lebih tinggi menjadi satu batu loncatan yang terbaik kepada mereka untuk terus menerus meningkatkan jualan syarikat secara tidak langsung. 

Oleh itu, perbezaan yang ketara di antara jualan dan komisyen adalah jualan yang diterima di dalam syarikat adalah secara penuh sebelum menolak kos-kos perbelanjaan produk manakala komisyen adalah jualan yang dimasukkan ke dalam syarikat diikuti oleh portion yang akan diberikan kepada pekerja atau team jualan. 

Sales dan Komisyen dalam Pengiraan Akaun

Dalam aspek perakaunan syarikat, jualan dan komisyen amat berbeza oleh kerana jualan merupakan perkara yang paling asas dalam perakaunan syarikat dimana ianya dilihat sebagai salah satu penilaian yang utama sebelum membuat akaun syarikat. 

Berbeza dengan konsep komisyen dimana ianya adalah dikira sebagai insentif atau bayaran komisyen berbentuk gaji yang diberikan kepada individu yang layak di dalam syarikat. Komisyen adalah sebahagian daripada jumlah jualan yang berjaya dibuat ke dalam syarikat berbentuk peratusan atau jumlah yang telah ditetapkan oleh syarikat. Jualan pula dikira sebagai jumlah jualan syarikat secara menyeluruh sebelum mengira jumlah jualan bersih syarikat. 

Justeru, kedua-dua istilah ini walaupun membawa maksud yang berbeza namun sering dikaitkan dengan jualan syarikat sebelum ditolak dengan segala perbelanjaan yang perlu di bawah syarikat. Secara keseluruhan, mempunyai jualan yang tinggi adalah salah satu perkara yang dapat meningkatkan lagi kewangan syarikat di samping sebagai individu yang berjaya mencapai jualan tertinggi turut menerima manfaat insentif, menjadikan syarikat sentiasa mempunyai cash flow yang teratur. Namun, harus diingatkan juga bahawa sebagai usahawan, anda wajib membuat penilaian yang adil kepada individu-individu yang bertungkus-lumus menaikkan jualan syarikat serta pastikan mereka diberikan insentif yang berbaloi dengan usaha mereka.

“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.