Perbelanjaan merupakan perkara yang paling penting untuk dikawal selia di dalam sesebuah syarikat. Wajib bagi setiap usahawan untuk mengenal pasti perbelanjaan yang dibuat dan disimpan sebagai rekod pada masa hadapan. Cara yang paling mudah untuk menyimpan rekod perbelanjaan adalah dengan memastikan setiap perbelanjaan mesti diikuti dengan resit daripada penjual atau kedai tersebut. Rekod dalam bentuk resit lebih digalakkan oleh kerana sekiranya usahawan dipanggil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjawab pertanyaan berkenaan kos – kos maka boleh dijawab dengan bukti yang lebih kukuh.
Kebiasaannya apabila usahawan membuat konsultasi dengan akauntan, tips yang paling mudah adalah dengan menyimpan segala rekod berkaitan perbelanjaan dan jualan tidak mengira jenis kos. Hal ini bagi memastikan setiap rekod perbelanjaan direkod dan tidak tertinggal. Antara permasalahan yang boleh timbul pada masa hadapan adalah apabila usahawan membuat deklarasi cukai menyebabkan terdapat banyak kos yang tidak dapat dituntut oleh kerana kegagalan menyimpan rekod yang boleh dituntut di bawah peruntukan akta.
Tetapi tahukah anda bahawa tidak semua kos perbelanjaan yang boleh dituntut di bawah percukaian perniagaan? Oleh itu, untuk pencerahan yang lebih jelas akan dibongkarkan perbelanjaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di dalam pengiraan cukai syarikat.
Perbelanjaan Dibenarkan dalam Pengiraan Cukai Syarikat
Antara perbelanjaan yang dibenarkan di dalam syarikat adalah perbelanjaan yang melibatkan syarikat pada asasnya. Sekiranya terdapat kos – kos perbelanjaan yang perlu bagi sesebuah syarikat maka kos tersebut dianggap sebagai kos yang dibenarkan. Jika pemilik perniagaan membuat sebarang perbelanjaan di luar daripada kegunaan syarikat maka kos tersebut dianggap sebagai perbelanjaan individu.
Manakala perbelanjaan yang tidak dibenarkan pula meliputi kos – kos yang bukan kegunaan syarikat serta melibatkan beberapa kos yang lain. Bagi perbelanjaan yang tidak dibenarkan ianya dikenali sebagai pelarasan cukai dimana perbelanjaan tersebut akan ditambahkan semula ke penyata untung bersih syarikat atau dikhaskan kepada sejumlah yang dihadkan. Antara perbelanjaan tersebut adalah perbelanjaan perseorangan seperti kos penjagaan kenderaan persendirian serta kos pengangkutan ke dalam dan luar negara.
Selain itu, perbelanjaan yang tidak melibatkan aktiviti menjurus kepada menghasilkan pendapatan seperti derma dan sumbangan yang diberikan kepada tempat yang bukan di bawah kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Perbelanjaan Tidak Dibenarkan dalam Pengiraan Cukai Syarikat
Perbelanjaan yang paling jelas sebagai tidak dibenarkan juga adalah perbelanjaan yang pelbagai atau am tidak mengira perbelanjaan persendirian atau modal syarikat. Perbelanjaan tersebut dikira sebagai kos yang melibatkan kos persendirian yang tidak berkait dengan perniagaan.
Disamping itu, perbelanjaan yang melibatkan kos berkaitan undang – undang juga dikira sebagai perbelanjaan yang tidak dibenarkan tidak mengira samada menggunakan modal syarikat atau persendirian. Hal ini adalah kerana akta percukaian telah menghadkan tuntutan tersebut. Oleh yang demikian, walaupun perbelanjaan yang dianggap sebagai melibatkan urusan berkaitan syarikat harus dikenalpasti dan diteliti supaya kos – kos tersebut dapat dituntut di bawah percukaian syarikat.
Justeru, sebagai usahawan yang bijak anda perlu sentiasa memastikan perbelanjaan – perbelanjaan syarikat direkod dengan baik dan teratur serta perlu memastikan segala perbelanjaan tersebut di bawah seliaan pengurus kewangan bagi memastikan tidak berlaku ketirisan disamping penyalahgunaan kos yang boleh menyebabkan gangguan kepada kewangan syarikat pada waktu dan ketika itu. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah dalam memastikan bahawa setiap kos yang dikeluarkan atau dituntut meliputi perbelanjaan yang dibenarkan di bawah percukaian. Jika tidak akan berlaku situasi dimana perbelanjaan yang dikeluarkan tidak dapat membantu dalam mendapatkan pengecualian cukai secara menyeluruh.
“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.