Pengarah syarikat memainkan peranan yang amat penting di dalam sesebuah syarikat Sdn. Bhd di samping merupakan elemen yang paling diperlukan di dalam syarikat.
Setiap pengarah mempunyai pelbagai tanggungjawab di samping menjalankan tugas-tugas fidusiari syarikat.
Menjadi seorang pengarah syarikat juga tidaklah dianggap sebagai jawatan yang mudah sebagaimana di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016 yang mewajibkan pengarah syarikat supaya memenuhi kriteria di bawah Seksyen 201 akta tersebut.
Jenis Pengarah Syarikat
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis pengarah yang membawa tugas yang berlainan?
Tugas yang berlainan ini bergantung kepada keperluan syarikat bermula daripada syarikat yang kecil ke syarikat yang berstatus multinational companies (MNC) atau syarikat multinasional. Oleh itu, kami akan menerangkan beberapa jenis pengarah mengikut kepada tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk pencerahan.
a. Service Director
Service director atau lebih dikenali sebagai executive director merupakan pengarah yang terlibat dalam urusan harian bermula daripada pengurusan sehingga ke pengurusan kewangan.
Pengarah yang diberikan tanggungjawab tersebut diperlukan dalam urusan syarikat di samping sebagai think tank dalam menggerakkan sesebuah syarikat. Dengan wujudnya peranan pengarah seperti ini, urusan akan lebih tersusun dan teratur.
b. Non-service Director
Selain itu, jawatan pengarah yang seterusnya adalah non-service director dimana dapat dibahagikan kepada dua iaitu non-executive director dan nominee director.
Non-executive director merupakan pengarah syarikat yang bertindak sebagai individu yang mengawal selia aktiviti pengarah yang menjalankan operasi.
Mereka juga merupakan individu yang sentiasa mengikuti segala tindak tanduk syarikat termasuk segala operasi dan keputusan-keputusan para lembaga pengarah. Dalam erti kata lain, mereka merupakan individu yang memantau segala aktiviti syarikat supaya syarikat berada dalam landasan yang betul.
Bagi nominee director pula, mereka merupakan pengarah yang mempunyai nama di dalam Sdn. Bhd tetapi tidak terlibat langsung dalam aktiviti syarikat.
Pelantikan mereka sebagai pengarah syarikat adalah sebagai wakil kepada pemegang saham yang lain di samping sebagai memenuhi kriteria sebagai pengarah syarikat yang diwajibkan sesebuah syarikat mempunyai seorang pengarah lokal yang menetap di Malaysia.
Kemunculan pengarah nominee director ini adalah pada waktu-waktu tertentu sahaja. Contohnya ketika syarikat menjalankan mesyuarat agung tahunan dan sebagainya.
Tanggungjawab Pengarah Syarikat
Justeru, seorang pengarah yang dilantik di dalam sesebuah Sdn Bhd tetap mempunyai tanggungjawab yang besar di mana mereka perlu memastikan operasi adalah mengikut kepada peruntukan akta dan tidak melanggar sebarang undang-undang atau misconduct.
Tujuan diwujudkan jawatan pengarah yang berlainan jenis adalah untuk menjalankan operasi check and balance atau timbang tara berkaitan operasi di samping mengenal pasti sekiranya terdapat pengarah yang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti penyelewengan dan sebagainya.
Setiap pengarah yang dilantik dan dibayar gaji adalah diwajibkan membuat deklarasi berkaitan cukai pendapatan mengikut kepada peruntukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bagi executive dan non-executive director, mereka pada kebiasaannya diberikan gaji bulanan oleh syarikat secara tetap. Maka mereka perlu memastikan cukai pendapatan mereka dihantar pada setiap tahun.
Bagi pengarah yang berstatus nominee director, mereka wajib dikenakan cukai sekiranya jumlah gaji tahunan mereka melebihi RM34,000 setahun. Hal ini kerana, kebanyakan nominee director yang dilantik oleh syarikat pada kebiasaannya diberikan elaun tahunan bermula dari RM2,500 dan ke atas bagi seorang individu.
“Macam banyak je nak kena tahu berkenaan cukai dan audit ni?”
Jangan risau. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.