Istilah pelepasan cukai merujuk kepada pengurangan sejumlah wang cukai pendapatan yang difailkan kepada syarikat pada tahun kewangan yang berakhir atau juga disebut sebagai tarikh tutup akaun. Kebiasaannya, wang cukai pendapatan akan direkodkan dalam masa satu tahun. Ekoran daripada rekod pemfailan wang pendapatan ini, adalah tidak menghairankan sekiranya sesebuah syarikat dikehendaki untuk melunaskan sejumlah wang cukai pendapatan pada kadar yang tinggi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Kegagalan untuk membayar cukai pendapatan individu akan menyebabkan seseorang itu dikenakan penalti 10% daripada cukai pendapatan tahunan, tindakan mahkamah seperti harta benda dan barangan peribadi disita dan individu tersebut tidak dibenarkan untuk ke luar negara. Oleh itu, sebelum memfailkan rekod cukai pendapatan individu ke e-Filing, berikut merupakan jenis-jenis pelepasan cukai individu pemaustatin yang dibahagikan kepada empat kategori utama bagi tujuan memaksimalkan jumlah pelepasan cukai pendapatan individu berpandukan cukai taksiran 2021 dari laman web LHDN Malaysia.

1. PELEPASAN INDIVIDU

Setiap individu dibenarkan untuk menuntut rebat sehingga RM 9000 secara automatik sekiranya mempunyai tanggungan keluarga seperti berikut:

Diri sendiri dan saudara tanggunganRM 9000
Individu kurang upayaRM 6000
Suami atau isteri kurang upayaRm 5000
Suami / isteri / alimoni kepada bekas isteriRM 4000
Yuran pengajian diri sendiriRM 7000

2. GAYA HIDUP, PERUBATAN DAN PERALATAN BERKAITAN

Bagi individu yang mempunyai ibu bapa dan disahkan memerlukan rawatan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar, mereka layak  untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM 8000 termasuk dengan tuntutan cukai bagi penyediaan peralatan sokongan khas sebanyak RM 6000. 

Pembeliaan bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar atau internet pula, setiap individu dibenarkan untuk menuntut cukai pelepasan gaya hidup sebanyak RM 2500. Tambahan pelepasan cukai individu yang lain bagi kategori ini adalah seperti berikut : 

Peralatan sukan, sewaan fasiliti sukan dan bayaran pendaftran pertandinganRM 500
Perbelanjaan melancong dalam negara (penginapan, tiket masuk ke pusat tarikan pelancongan)RM 1000
Pembelian peralatan penyusuanRM 1000

3. PELEPASAN ANAK

Cukai pelepasan individu di bawah kategori pelepasan anak pula tertumpu kepada individu yang mempunyai anak yang belum berkahwin dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 

Anak berumur di bawah 18 tahun dan belum berkahwinRM 2000
Anak berumur di atas 18 tahun (belum  berkahwin dan belajar sepenuh masa)RM 2000
Anak berumur di atas 18 tahun (belum berkahwin dan belajar di IPT)RM 8000
Yuran untuk taman asuhan kanak-kanak dan tadika berdaftarRM 3000
Anak kurang upayaRM 6000
Anak kurang upaya (belum berkahwin dan belajar di IPT)RM 8000

4. CARUMAN ATAU SUMBANGAN

Pelepasan cukai pendapatan individu juga diberikan kepada mereka yang mencarum dan memberi sumbangan kepada perbadanan  berikut : 

Insuran nyawa dan KWSP (Individu penjawat awam berpencen)RM 7000
Insuran nyawa/ takaful (Individu selain penjawat awam)RM 3000
KWSP / SKIM yang diluluskanRM 4000
PERKESORM 250
Skim persaraan dan anuiti tertundaRM 3000
Insuran perubatan dan pendidikan (Individu / pasangan / anak)RM 3000
SSPN (Tabungan bersih)RM 8000

Oleh yang demikian, sebelum mengambil keputusan untuk membuat deklarasi berkaitan percukaian, adalah diwajibkan supaya anda mengenal pasti jenis-jenis cukai pelepasan individu yang diberikan sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah akta dan dibawah Lembaga Hasil dalam Negeri.

“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.