“Kalau beli kereta syarikat, boleh tolak cukai ke?”
Setiap syarikat yang beroperasi tidak kira dalam atau luar negara semestinya mempunyai aset-aset yang memang menjadi keperluan dalam sesebuah syarikat.
Aset tersebut meliputi aset berbentuk wang tunai atau dalam bentuk fizikal seperti aset bangunan, kenderaan dan sebagainya. Setiap aset tersebut mempunyai satu ciri yang sama iaitu merupakan aset yang menjadi kegunaan dalam operasi sesebuah syarikat.
Kereta Syarikat
Namun, kebanyakan syarikat atau usahawan akan lebih mengutamakan aset kenderaan sebagai aset terawal dalam sesebuah syarikat dimana kenderaan amat penting untuk digunakan sebagai medium bagi sesebuah syarikat untuk membuat pergerakan dari sesuatu tempat ke tempat yang lain.
Kemudahan kenderaan bagi sesebuah syarikat amat penting kerana sekiranya sesebuah syarikat tidak mempunyai kenderaan, maka urusan luar yang melibatkan syarikat agak sukar untuk dilaksanakan.
Selain itu, bagi kebanyakan syarikat, mempunyai kemudahan kenderaan bagi tujuan operasi perniagaan memudahkan syarikat untuk mengenalpasti kos sebenar bagi sesebuah syarikat apabila pekerja menggunakan kenderaan syarikat ke sesebuah destinasi.
Sebagai contoh, syarikat akan mengenal pasti melalui mileage atau jumlah minyak yang digunakan. Hal ini dapat mengelakkan keadaan di mana pekerja tidak amanah apabila diarahkan untuk ke sesebuah destinasi bagi tujuan pekerjaan.
Kereta Syarikat – Perbezaan Kenderaan Peribadi dan Kenderaan Komersial
Kenderaan syarikat adalah lebih dikenali sebagai kenderaan komersial. Berbeza dengan kenderaan personal yang lebih kepada kenderaan yang digunakan bagi tujuan persendirian seperti membawa keluarga bersiar-siar dan sebagainya, konsep kenderaan komersial lebih spesifik dimana kenderaan tersebut memang dikhaskan bagi penggunaan syarikat sahaja. Sekiranya tidak melibatkan syarikat, maka iainya dikira sebagai aktiviti persendirian.
Sekiranya pemilik syarikat membuat konsultansi dengan akauntan atau perunding kenderaan, jika penggunaan kenderaan adalah dikhaskan kepada urusan perniagaan, maka dinasihatkan supaya kenderaan dibeli di bawah status komersial.
Sebagai contoh pada waktu negara dilanda wabak covid-19, kerajaan telah menetapkan bahawa hanya kenderaan komersial sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi tujuan perniagaan oleh kerana pada waktu itu hanya sektor ekonomi sahaja yang dibenarkan beroperasi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kenderaan berstatus komersial lebih bermanfaat dalam perniagaan.
Pengecualian Cukai Kenderaan Komersial
Dalam aspek percukaian pula, bagi kenderaan berstatus komersial yang dibeli di bawah syarikat, pengecualian cukai penuh akan diberikan mengikut kepada harga kenderaan tersebut.
Hal ini adalah kerana apabila kenderaan berstatus komersial dibeli di bawah syarikat, tanggungjawab meliputi kos-kos yang melibatkan kenderaan tersebut khususnya di dalam operasi perniagaan adalah di bawah syarikat.
Namun, adakah tidak digalakkan oleh usahawan untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan perniagaan? Jawapannya adalah sekiranya anda baru berniaga, digalakkan untuk menggunakan segala medium yang ada dahulu sebelum membeli aset syarikat.
Kenderaan personal yang digunakan dalam operasi syarikat juga turut mendapat kelebihan bagi pengecualian cukai namun tidaklah secara penuh. Kenderaan tersebut perlu patuh kepada jadual yang telah ditetapkan di samping tertakluk kepada pembelian kenderaan baru atau lama.
Oleh itu, sekiranya syarikat telah mencapai tahap kewangan yang lebih stabil, adalah dinasihatkan supaya membeli kenderaan komersial di bawah syarikat bagi mendapatkan kelebihan pengecualian cukai disamping mendapat kelebihan tanggungan kos-kos secara menyeluruh oleh syarikat.
Sekiranya syarikat tidak mencapai tahap yang belum sesuai untuk menanggung kos yang lebih tinggi, adalah dinasihatkan juga supaya membeli kenderaan yang mengikut kesesuaian dan kemampuan semasa syarikat pada waktu itu. Semoga perniagaan anda sentiasa maju dan moga pengisian ini bermanfaat.
“Perlukan Konsultansi Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.