Pendapatan di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Setiap pendapatan yang diperoleh individu wajib dikenakan cukai sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Pendapatan merujuk kepada segala bentuk wang yang diterima oleh seseorang, sama ada melalui penggajian atau perniagaan.
Perancangan Persaraan dan Ganjaran Persaraan
Setiap individu yang bekerja akan sampai pada satu tahap di mana mereka merancang untuk bersara daripada pekerjaan yang diceburi. Dalam perancangan persaraan ini, setiap pekerja berhak menerima ganjaran persaraan yang diberikan oleh majikan.
Ganjaran persaraan ialah bayaran yang diberikan kepada pekerja setelah mereka membuat keputusan untuk bersara. Terdapat dua cara untuk bersara: persaraan pilihan atau mengikut tempoh persaraan yang ditetapkan oleh undang-undang. Persaraan bermaksud pekerja tersebut bersedia untuk berhenti daripada menjalankan aktiviti pekerjaan disebabkan faktor umur dan sebagainya. Oleh itu, jika anda mempunyai pelan persaraan, pastikan segala komitmen anda telah berada pada tahap yang bertenang tanpa sebarang hutang yang akan membebankan anda pada masa hadapan.
Pengecualian Cukai untuk Ganjaran Persaraan
Setelah pekerja tersebut telah cukup servisnya di dalam sesebuah sektor, ganjaran persaraan akan dibayar kepada mereka. Ganjaran persaraan ini juga mempunyai pengecualian cukai seperti yang dinyatakan di bawah Akta Cukai Pendapatan. Pengecualian ini diberikan setelah bayaran diterima oleh pekerja pada waktu persaraan, tetapi harus memenuhi kriteria tertentu.
- Keuzuran:
Pengecualian cukai diberikan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pekerja yang akan bersara disebabkan oleh faktor keuzuran. Keuzuran adalah faktor yang menghalang seseorang daripada menjalankan aktiviti kerja dengan betul dan boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. - Umur Persaraan:
Pengecualian cukai juga diberikan jika persaraan berlaku pada atau selepas individu tersebut mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun atau telah mencapai umur yang mewajibkan persaraan setelah berkhidmat selama 10 tahun berturut-turut dengan majikan yang sama atau syarikat dalam kumpulan yang sama. - Kontrak atau Perjanjian Kolektif:
Persaraan yang berlaku setelah mencapai umur yang diwajibkan bersara di bawah kontrak atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum mencapai 55 tahun, dan setelah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau syarikat dari kumpulan yang sama, juga layak untuk pengecualian cukai. - Kumpulan Wang Awam:
Ganjaran persaraan yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam setelah memilih persaraan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, juga dikecualikan dari cukai. Begitu juga dengan ganjaran persaraan yang diberikan kepada pegawai kontrak melalui kumpulan wang awam setelah tamat perkhidmatan kontraknya, walaupun kontraknya telah diperbaharui.
Kepentingan Ganjaran Persaraan
Ganjaran persaraan adalah pelan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk memanfaatkan pekerja yang telah berkhidmat selama 10 tahun dengan mana-mana syarikat dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Pengecualian ini amat penting memandangkan pekerja yang bersara pastinya kehilangan sumber utama pendapatan mereka, walaupun masih menerima ganjaran persaraan dari majikan masing-masing. Hal ini memastikan hak pekerja selepas bersara terbela dan diberikan manfaat yang lebih baik.
“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.