Kena cukai atau tak kena untuk manfaat dan gaji pengarah syarikat Sdn. Bhd?

Bagi syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd dibawah peruntukan Akta Syarikat 2016 wajib melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah syarikat bagi tujuan mengurus syarikat secara lebih teratur. Pengarah syarikat adalah individu yang berdasarkan Seksyen 201 Akta Syarikat 2016, merupakan individu yang tidak bankrup dan sebagainya.

Tugas Pengarah Syarikat

Antara peranan pengarah syarikat adalah memastikan segala urusan berkaitan syarikat termasuk urusan harian syarikat berjalan dengan lancar serta menaikkan jualan syarikat. Dengan erti kata lain, pengarah syarikat adalah individu yang menguruskan syarikat bermula daripada proses memasukkan jualan hingga ke proses penstrukturan syarikat ke arah yang lebih baik.

Disebalik jawatan yang besar sebagai seorang pengarah, mereka juga bertanggungjawab di bawah Akta Syarikat 2016 dalam memastikan penyata tahunan dan penyata kewangan syarikat dihantar setiap tahun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Oleh itu, pengarah syarikat mempunyai tugas yang agak berat dalam mengurus tadbir sebuah syarikat. 

Manfaat & Gaji Pengarah Syarikat Sdn. Bhd

Namun, sebagai individu yang memegang jawatan pengarah di dalam sesebuah syarikat mereka adalah individu yang paling bermanfaat dalam aspek pengurusan syarikat. Ia adalah kerana sebagai seorang pengarah syarikat, mereka berperanan dalam menggubal undang-undang dan pengurusan di dalam sesebuah syarikat di samping mengawal selia segala transaksi syarikat secara lebih mendalam.

Selain daripada itu, pengarah syarikat turut mempunyai jawatan yang lebih secure dimana setiap pengarah syarikat adalah berperanan sebagai penggerak syarikat dan diberikan insentif dalam pelbagai bentuk seperti bonus, elaun, insentif dan gaji. Berbeza dengan peranan pemegang saham syarikat, mereka hanyalah individu yang menjalankan segala aktiviti syarikat bagi pihak pemberi modal syarikat. 

Oleh itu, segala operasi dan pengendalian lebih menjurus kepada pengarah syarikat. Jadi pengarah syarikat lebih layak diberikan insentif bergaji bagi tujuan memastikan syarikat sentiasa di dalam jagaan yang baik. Kebiasaannya, gaji atau insentif kepada pengarah syarikat bermula daripada RM5,000 dan ke atas mengikut kepada budi bicara syarikat. 

Bagi syarikat Sdn Bhd yang mempunyai seorang pengarah sebagai individu yang mentadbir syarikat, adalah dinasihatkan supaya mengambil gaji sebagai pengarah di dalam syarikat supaya tidak berlaku ketirisan kewangan dimana terdapat kes pengarah syarikat yang mengambil gaji secara sesuka hati menyebabkan pengurusan kewangan menjadi kelam kabut dan sukar untuk diurus. 

Cara Penetapan Gaji Lebih dari Seorang Pengarah

Proses menetapkan gaji pengarah bagi kes syarikat yang mempunyai pengarah syarikat melebihi satu adalah lebih penting dimana adalah lebih baik sekiranya ditetapkan kepada satu jumlah yang adil bagi kedua-dua individu bagi mengelakkan pertelingkahan sesama pengarah syarikat yang pada kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kesilapan pengurusan kewangan sekaligus menyebabkan syarikat menjadi tidak stabil.

Penstrukturan kewangan syarikat yang melibatkan gaji pengarah syarikat dan pekerja amat penting kerana syarikat dapat membuat pengurusan cukai yang lebih baik dimana penggajian pekerja akan diberikan potongan cukai kepada syarikat. 

Manfaat & Gaji Pengarah Syarikat Sdn. Bhd Kena Cukai Ke?

Namun adakah syarikat sahaja yang dikenakan cukai? Bagaimana pula dengan pengarah syarikat? Untuk pengarah syarikat yang diberikan gaji oleh syarikat, mereka wajib dikenakan cukai di bawah cukai individu oleh kerana mereka merupakan individu yang berpendapatan dan bergaji.

Oleh yang demikian, setiap pengarah syarikat yang bergaji wajib memastikan cukai pendapatan dihantar ke LHDN pada setiap tahun bagi memastikan maklumat percukaian sentiasa dikemaskini. Bagi proses pengiraan cukai individu dan info berkaitan percukaian akan dibincangkan pada sesi yang berikutnya. Pastikan anda sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan percukaian termasuk informasi semasa berkaitan anda. Semoga bermanfaat!

“Macam banyak je nak kena tahu berkenaan cukai dan audit ni?”

Jangan risau. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.