Pernah belajar mengenai formula pengurusan dokumentasi cukai? Sebagaimana yang pemilik bisnes perlu tahu, dokumentasi syarikat adalah perkara yang paling penting dalam pengurusan. Melalui penerangan kami yang lepas mengenai filing yang perlu dibuat bagi memudahkan urusan juruaudit, akauntan dan juru cukai, dokumentasi yang kuat merupakan faktor yang paling penting bagi memastikan syarikat dapat mengurangkan kadar cukai syarikat.
Filing nampak macam banyak tapi sebenarnya mudah je kalau anda tahu cara yang betul untuk buat. Sebagai contoh, untuk rekod jualan anda cuma perlu kepilkan bersama slip bayaran pelanggan kepada anda ke dalam file tersebut. Sekiranya bayaran adalah secara tunai, pastikan anda bank in ke dalam akaun syarikat dengan kadar segera.
Bagi memudahkan lagi proses pengurusan dokumentasi syarikat, kami akan kongsikan formula yang boleh dipraktikkan ke dalam syarikat supaya urusan syarikat menjadi lebih cepat dan tersusun. Formula untuk pengurusan dokumentasi boleh dibahagikan kepada tiga iaitu unpaid (belum dibayar), paid (sudah dibayar) dan monthly (bulanan).
1. Formula Pengurusan Dokumentasi Cukai – Belum Dibayar
Untuk memastikan anda tidak terlepas dalam membuat bayaran kos bagi produk atau stok, pengasingan kos yang belum dibayar dapat memastikan anda dapat mengenal pasti sebarang stok atau produk yang diambil secara kredit dibayar apabila tiba waktunya.
Bagi memudahkan lagi urusan, letakkan segala invoice pelanggan di dalam satu file di bawah kos yang belum dibayar kepada pelanggan atau supplier. Hal ini kerana memang selalu berlaku kes di mana pemilik bisnes terlupa untuk melangsaikan hutang bagi kos barangan yang belum dibayar menyebabkan kos tersebut telah menimbun kepada kos yang lebih besar.
2. Sudah Dibayar
Kos-kos perbelanjaan yang telah dibayar adalah lebih mudah diuruskan kerana lebih straightforward dimana anda hanya perlu filing bersama dengan slip bayaran samada kepada pelanggan atau daripada pelanggan. Konsep sudah dibayar lebih mudah diuruskan kerana anda tidak perlu memikirkan kos-kos tertunggak semasa menjalankan perniagaan.
Perbelanjaan harian yang dibayar secara on the spot adalah suatu kos yang mudah untuk diuruskan untuk dokumentasi kerana segala pembayaran yang dibuat akan disertakan dengan bukti bayaran daripada penjual. Pastikan juga anda mendapatkan segala resit-resit tersebut untuk dokumentasi syarikat.
3. Formula Pengurusan Dokumentasi Cukai – Bulanan
Dokumentasi bulanan adalah lebih mudah dimana kos yang terlibat adalah kos-kos kekal atau fixed setiap bulan. Ini adalah konsep dimana setiap bayaran akan dibuat secara bulanan kepada individu tertentu untuk tujuan operasi perniagaan. Namun sekiranya kos bulanan tidak di simpan dengan betul boleh menyebabkan bukti pembayaran tersebut sukar untuk dikenalpasti setelah mencapai tempoh bulanan yang melebihi 6 bulan.
Melalui penggunaan kaedah formula di atas, anda dapat mengenal pasti dengan lebih mudah segala kos yang perlu didokumentasikan di mana dan bila. Perkara yang selalu menjadi sukar kepada pemilik bisnes adalah mengenal pasti kos yang wujud dan mencampur adukkan segala kos menjadikan filing tersebut tidak terurus, sukar dikenalpasti dan serabut.
Bayangkan sekiranya formula ini tidak diikuti, bagaimana anda nak track balik kos-kos lama yang belum berbayar dalam tempoh yang cepat dan segera? Pasti susah. Dokumentasi ini juga akan memberikan kesukaran kepada staf baru anda untuk mencari segala invois-invois lama yang tertunggak menjadikan perjalanan operasi harian syarikat tergendala. Oleh itu, pastikan pengurusan dokumentasi anda melalui proses yang betul dan diuruskan dengan bijak.
Isikan segala informasi yang telah anda perolehi termasuk nombor pin, nombor cukai pendapatan dan sebagainya. Setelah selesai, proses pendaftaran anda telah selesai dan anda hanya perlu melalui proses e-Filing untuk membayar cukai secara atas talian.
“Perlukan Konsultansi Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.