Sdn Bhd merupakan satu entiti syarikat yang mempunyai pelbagai badan-badan yang mengawal selia segala aktiviti-aktiviti syarikat di samping memastikan syarikat sentiasa mengemaskini dokumen-dokumen berkanun dan sebagainya.
Dalam sesebuah Sdn Bhd, terdapat beberapa entiti dalaman syarikat yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan peranan di dalam syarikat. Hal ini membawa maksud setiap syarikat mempunyai beberapa individu yang bertindak sebagai pelengkap dalam pengurusan syarikat. Sekiranya tidak wujud individu-individu tersebut, maka elemen sesebuah syarikat tidak dapat dipenuhi.
Senarai Entiti Sdn. Bhd
Antara entiti yang membentuk sesebuah syarikat adalah pengarah syarikat, pemegang saham, setiausaha syarikat dan pengurus. Tetapi bagi kebanyakan syarikat Sdn Bhd, antara entiti yang memainkan peranan yang penting adalah pengarah syarikat, pemegang saham dan setiausaha syarikat.
1. Entiti Sdn. Bhd – Pengarah Syarikat & Tugasnya
Bagi pengarah syarikat antara peranan beliau adalah menjalankan aktiviti syarikat disamping memastikan pengurusan syarikat berada pada tahap yang terbaik. Sebagai seorang pengarah syarikat, antara tanggungjawab fidusiari adalah memastikan segala dokumentasi berkanun syarikat diserah simpan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada waktu atau tempoh mengikut Akta Syarikat.
Oleh yang demikian, pengarah syarikat bukan sahaja mengawal selia aktiviti syarikat tetapi mereka juga bertanggungjawab menjaga syarikat daripada A ke Z mengikut kepada piawaian yang telah ditetapkan.
2. Pemegang Saham & Tugasnya
Selain itu, pemegang saham syarikat juga memegang tanggungjawab sebagai penyuntik dana syarikat bagi memastikan syarikat boleh berkembang dengan jayanya. Konsep pemegang saham adalah dimana dibolehkan syarikat mengambil dana suntikan daripada pengarah sendiri atau daripada pemegang saham luar yang lebih dikenali sebagai angel investor.
Pemegang saham akan didokumentasikan sebagai sebahagian daripada syarikat sebagai pemberi modal dan diberikan pelbagai manfaat antaranya dividen tahunan syarikat.
Memegang jawatan sebagai pemegang saham syarikat, harus diingatkan bahawa peranan anda hanyalah sebagai pemberi modal syarikat dan tidak terlibat secara langsung di dalam operasi syarikat. Pemegang saham hanya bertindak sebagai penyelia kepada kewangan syarikat melalui penyata kewangan disamping membantu dokumentasi syarikat apabila melibatkan pembelian aset syarikat dan sebagainya.
3. Entiti Sdn. Bhd – Setiausaha Syarikat
Entiti seterusnya di dalam Sdn Bhd adalah setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat merupakan badan berlesen yang wajib dilantik oleh setiap syarikat yang berperanan dalam menguruskan syarikat di dalam aspek pengurusan syarikat serta memastikan syarikat mencapai tahap pematuhan yang terbaik berlandaskan Akta Syarikat 2016.
Mengikut kepada Akta Syarikat 2016, setelah sesebuah syarikat berjaya didaftarkan, syarikat wajib melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat berlesen di dalam syarikat.
Pengarah Bermasalah?
Disebalik entiti yang wujud di dalam Sdn Bhd, harus diingatkan juga bahawa operasi syarikat yang dijalankan oleh pengarah syarikat menjadikan sesebuah syarikat lebih sistematik, tersusun dan memenuhi aspek pematuhan syarikat.
Oleh yang demikian, sekiranya berlaku perkara-perkara yang menimbulkan situasi pengarah bermasalah seperti pengarah bankrup, melanggar akta syarikat 2016 boleh menyebabkan syarikat Sdn Bhd tidak boleh beroperasi dan segala dokumentasi syarikat akan ditolak oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Sebagai contoh, sekiranya syarikat tersebut hanya mempunyai seorang pengarah maka syarikat perlu melantik pengarah yang baru dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan operasi syarikat menjadi tergendala dan tidak boleh diteruskan.
Bagi syarikat yang mempunyai pengarah melebihi seorang, sekiranya berlaku masalah pematuhan kepada salah satu pengarah maka jika salah seorang daripada pengarah tersebut ingin berhenti, jawapannya tidak boleh selagi kompaun pematuhan tersebut tidak diselesaikan. Semoga setiap pengarah syarikat sentiasa proaktif dalam memastikan aspek pematuhan dipenuhi bagi mengelakkan proses perkembangan syarikat menjadi terbantut.
“Perlukan Konsultansi Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.