“Saya nak bayar cukai enterprise, tapi saya tak faham apa-apa berkenaan cukai.”

Ramai yang tersalah tanggapan bahawa hanya perniagaan atau individu yang berdaftar sahaja wajib membayar cukai seperti peruntukan akta. 

Pada asasnya, setelah perniagaan anda cukup setahun, anda wajib membayar cukai walaupun pendapatan perniagaan tersebut tidak dikenakan cukai disebabkan berada dibawah RM34,000 setahun. 

Terdapat juga beberapa faktor yang menjadikan anda tidak perlu membayar cukai setelah anda berdaftar sebagai pembayar cukai seperti pengecualian, rebat dan sebagainya yang telah disediakan mengikut kepada perniagaan anda.

Proses Cukai Enterprise

Percukaian mempunyai beberapa proses yang mudah untuk diikuti oleh pemilik perniagaan sebagai kemudahan untuk membuat bayaran cukai yang pertama. Perkara asas yang perlu adalah anda lakukan adalah memastikan perniagaan telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

Setelah anda berjaya mendaftarkan perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengeluarkan beberapa sijil asas yang wajib anda simpan iaitu Sijil Pendaftaran Perniagaan. 

Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan, sijil tersebut wajib dipamerkan di premis perniagaan masing-masing. Sediakan dokumen pendaftaran perniagaan tersebut bersama dengan maklumat pemilikan perniagaan yang kebiasaannya diberikan bersama dan juga kad pengenalan pemilik perniagaan tersebut.

Setelah dokumen dan sijil perniagaan telah disediakan, anda sudah bersedia untuk membuat pendaftaran percukaian yang boleh dibuat secara atas talian. Proses mendaftarkan percukaian perniagaan anda juga amat mudah kerana pihak Lembaga Hasil dalam Negeri telah menyediakan segala prosedur dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftarkan akaun percukaian perniagaan. 

Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang Lembaga Hasil dalam Negeri di bahagian e-Daftar. Perkara yang perlu dipastikan adalah, anda mengisi segala maklumat yang betul berkaitan perniagaan dan mengikuti langkah demi langkah yang dikehendaki dalam sistem.

Selepas selesai mendaftarkan akaun di laman sesawang e-Daftar, anda akan menerima nombor rujukan fail cukai daripada Lembaga Hasil dalam Negeri. Nombor rujukan fail amat penting sewaktu proses mendaftarkan percukaian perniagaan anda kerana ia akan memudahkan pihak lembaga hasil untuk membuat rujukan semula sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan. 

Sekiranya terdapat masalah berkaitan pendaftaran nombor cukai pendapatan, anda boleh menghubungi Lembaga Hasil dalam Negeri untuk bantuan.

Kemudian, anda sudah bersedia untuk membuat e-Filing untuk membayar cukai perniagaan. Tetapi, sebelum membuat e-filing, anda perlu mendapatkan nombor pin bagi tujuan membuat e-Filing tersebut. 

Proses mendapatkan nombor pin ini juga mudah dimana anda boleh dapatkan melalui beberapa medium seperti surat, telefon atau sekiranya berkelapangan, anda boleh ke pejabat cawangan Lembaga Hasil dalam Negeri berhampiran untuk mendapatkan nombor pin tersebut disamping boleh membuat pertanyaan berkenaan e-Filing. 

Sewaktu anda menerima nombor pin tersebut, pastikan nombor pin tersebut di bawah nama pemilik perniagaan tersebut bagi memastikan proses membayar cukai lebih mudah untuk dibuat. 

“Mudah je nak bayar cukai enterprise.”

Oleh yang demikian, jika anda mengikuti proses seperti diterangkan diatas, nescaya akan dapat memudahkan urusan anda untuk mendaftarkan percukaian dan boleh membuat persediaan untuk membayar cukai perniagaan. 

Pastikan nombor pin untuk kegunaan e-Filing disimpan dengan baik untuk rujukan pada setiap tahun terutamanya sewaktu anda ingin membayar cukai. Untuk pendaftaran akhir, Lembaga Hasil dalam Negeri akan meminta untuk anda mendaftarkan sijil digital melalui ezHasil dan isikan di bahagian login kali pertama. 

Isikan segala informasi yang telah anda perolehi termasuk nombor pin, nombor cukai pendapatan dan sebagainya. Setelah selesai, proses pendaftaran anda telah selesai dan anda hanya perlu melalui proses e-Filing untuk membayar cukai secara atas talian.

“Perlukan Konsultansi Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.