“Tuan, ada cara kurangkan cukai tak?”
Selalu sangat kami dapat soalan yang bertanyakan mengenai cara kurangkan cukai samada bagi individu, enterprise dan juga Sdn. Bhd.
Bagi entiti perniagaan Sdn. Bhd, adalah wajib melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah syarikat, adalah dinasihatkan untuk mengambil gaji di bawah syarikat bagi memastikan rekod kewangan lebih mudah untuk dikemaskini dan dikawal selia oleh akauntan.
Kewajipan tersebut juga selaras dengan konsep syarikat yang lebih teratur dan sistematik terutamanya di dalam sistem pengurusan semasa syarikat.
Cara Kurangkan Cukai Menerusi Perbelanjaan Syarikat
Selain itu, bagi individu pengarah yang mengambil gaji di bawah syarikat adalah lebih mudah untuk diletakkan sebagai perbelanjaan syarikat iaitu di bawah wages and salaries. Oleh yang demikian, ketika pengiraan untung rugi syarikat dijalankan, hal ini lebih memudahkan proses membezakan kos perbelanjaan operasi syarikat dengan kos keuntungan syarikat semasa.
Di bawah Akta Syarikat 2016, peruntukan akta telah menetapkan bahawa syarikat perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah syarikat yang layak di bawah akta tetapi jumlah pengarah juga boleh melebihi seorang.
Antara manfaat yang syarikat peroleh apabila mempunyai pengarah syarikat melebihi seorang adalah syarikat dapat meningkatkan lagi produksi disamping dapat menjalankan proses imbang tara syarikat dimana setiap pengarah syarikat dapat mengenal pasti masalah-masalah yang timbul di dalam syarikat melalui perbincangan sesama mereka.
Selain itu, pengarah syarikat yang dilantik melebihi seorang juga dapat memberikan sekuriti yang lebih kuat kepada syarikat iaitu apabila berlaku sebarang masalah kepada seorang pengarah menjadikan proses syarikat menjadi tergendala.
Jadi bagi mengelakkan hal tersebut berlaku, pengarah syarikat yang melebihi seorang akan memiliki kelebihan yang lebih baik dalam memastikan operasi syarikat sentiasa mempunyai backup apabila diperlukan.
Kelebihan Percukaian
Disamping kelebihan syarikat yang mempunyai lantikan pengarah melebihi seorang, syarikat juga dapat menikmati kelebihan dalam aspek percukaian syarikat dimana kelebihan diberikan melalui peningkatan kadar perbelanjaan syarikat.
Pada kebiasaannya, gaji seorang pengarah syarikat adalah sebanyak RM5,000 setiap seorang. Oleh yang demikian, apabila syarikat membuat pelantikan pengarah melebihi seorang maka kadar bayaran gaji bulanan akan meningkat jumlahnya.
Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada syarikat untuk meningkatkan kos operasi syarikat yang dapat memberikan kelebihan untuk mengurangkan kadar cukai syarikat.
Penolakan perbelanjaan yang terlibat melalui penggajian pengarah adalah meliputi kos perbelanjaan bayaran gaji pekerja dimana akan disertakan ke dalam kos operasi bulanan syarikat.
Selain daripada itu, apabila mempunyai pengarah yang ramai, maka syarikat dapat juga memanfaatkan kos tuntutan pengarah apabila melibatkan pengarah syarikat yang perlu travel ke sesuatu tempat bagi tujuan perniagaan pada setiap bulan.
Disamping itu, apabila pengarah telah membuat tuntutan berkaitan travel maka terdapat juga kos lain yang akan turut terlibat seperti kos makan, kos penginapan dan sebagainya. Bagi kos perbelanjaan, adalah dinasihatkan kepada pengarah syarikat untuk menuntut segala kos berkaitan terutamanya apabila berkait rapat dengan kos-kos yang melibatkan perniagaan samada membuat hubungan dengan syarikat lain atau program-program yang dapat meningkatkan jualan atau pendapatan syarikat.
Dalam erti kata lain, apabila semakin bertambah pengarah syarikat yang dilantik di dalam sesebuah syarikat, maka kos operasi syarikat juga turut meningkat menjadikan perbelanjaan syarikat menjadi semakin tinggi dan dapat mengurangkan kadar cukai semasa.
Oleh yang demikian, adalah tidak menjadi sebarang masalah sekiranya syarikat ingin membuat lantikan pengarah syarikat yang melebihi dari seorang kerana ini dapat memberikan kelebihan kepada syarikat dalam situasi melibatkan percukaian. Semoga syarikat dapat memanfaatkan pengarah syarikat yang dilantik untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikat.
“Perlukan Konsultansi Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.