“Saya takut kena denda cukai LHDN, tuan.”

Bagi kebanyakan pemilik bisnes, memang tiada masalah untuk mereka mendapatkan sales dan sebagainya.

Namun, ada satu masalah besar yang sering dialami oleh pemilik bisnes, mereka tak tahu proses yang betul untuk membuat akaun, audit dan cukai.

Kesannya, apabila tiba masa, mereka dikenakan denda cukai LHDN daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kesannya sangat besar dan berat untuk ditanggung oleh para pemilik bisnes terutamanya jika mereka didatangi atau dihubungi oleh pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pada masa tersebut, agak susah untuk diselamatkan di mana anda mungkin terpaksa membayar cukai yang sangat tinggi. Semuanya kerana tiada sistem fail akaun, audit dan cukai yang betul atau tiada langsung kesemuanya.

Sebab itulah dalam perkongsian kami ingin berkongsi dengan anda akta dan denda yang dikenakan jika anda tidak menyimpan rekod filing dengan betul berserta akta dan denda lain yang berkaitan rekod filing yang ada di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

1. Denda Cukai LHDN Kerana Tidak Menyimpan Rekod Filing

Kesalahan yang paling umum dilakukan oleh para pemilik bisnes adalah tidak menyimpan rekod filing, ia termasuk di bawah 119A Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana anda boleh dikenakan hukuman:

  • Denda RM300 hingga ke RM10,000 atau
  • Penjara tidak melebihi satu tahun atau
  • Kedua-duanya sekali

Bahaya sebenarnya apabila anda tidak menyimpan rekod dengan betul. Belum lagi akibat tidak membayar cukai dan lain-lain.

Tujuan diadakan akta dan denda ini bukanlah untuk menyusahkan sebaliknya untuk memastikan setiap rakyat menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan sebaiknya.

Ada banyak lagi sebenarnya yang anda perlu tahu mengenai akta dan denda cukai LHDN ini.

Baca Juga : 9 Fail Cukai & Audit Anda Wajib Ada!

2. Tidak Melaporkan Borang Nyata Cukai Pendapatan

Bila pemilik bisnes tidak menyimpan rekod dengan baik, inilah apa yang akan berlaku. Pemilik bisnes akan memilih untuk tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan. Kesalahan ini pula termasuk di bawah 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana anda boleh dikenakan denda:

  • RM200 hingga RM2,000 atau
  • Penjara atau
  • Kedua- duanya

Borang ini anda boleh muat turun di laman web rasmi LHDN Malaysia. Borang-borang lain yang berkaitan juga ada di sana dan anda boleh muat turunnya.

3. Denda Cukai LHDN – Tidak Memaklumkan Layak Dikenakan Cukai 

Kesalahan dan denda cukai LHDN ini pula, anda akan dihukum di bawah 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 juga di mana hukumannya adalah:

  • Denda RM200 hingga RM2,000 atau
  • Penjara atau
  • Kedua-duanya

Sebenarnya kebanyakan daripada pemilik bisnes tahu bahawa mereka layak dikenakan cukai. Namun, disebabkan oleh rekod filing yang tidak betul, ia menimbulkan rasa risau dan takut dalam diri mereka.

Mereka risau cukai yang bakal dikenakan adalah lebih tinggi daripada yang sepatutnya kerana mereka tidak mempunyai rekod filing yang betul. Jadi, mereka memilih untuk tidak memaklumkan bahawa mereka layak dikenakan cukai.

4. Tidak Melaporkan Pendapatan Sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan

Untuk kesalahan ini, biasanya boleh disebabkan anda sengaja ingin mengurangkan cukai atau disebabkan oleh kesilapan rekod filing yang tidak betul. Ia termasuk dalam 113(1)(a) di mana hukumannya adalah:

  • Denda RM1,000 hingga RM10,000 dan
  • 200% atas cukai terkurang lapor

5. Memberi Maklumat Tidak Tepat Mengenai Tanggungan Cukai Sendiri atau Orang Lain

Untuk kesalahan ini pula, anda akan dikenakan hukuman di bawah 113(1)(b) di mana anda boleh dikenakan hukuman:

  • Denda RM1,000 hingga RM10,000 dan
  • 200% atas cukai terkurang lapor

Biasanya ia terjadi disebabkan oleh kesalahan sewaktu menyimpan rekod filing. Rekod filing yang tidak tepat akan membuatkan maklumat yang diberikan juga menjadi tidak tepat.

“Saya tak nak kena denda cukai LHDN!”

Jangan risau. Anda belum terlambat untuk bermula sebenarnya. Apa yang penting, lakukan segala prosedur seperti kenalpasti fail yang anda perlu ada untuk akaun, cukai dan audit terlebih dahulu.

Jika anda ingin dapatkan konsultansi daripada kami di Angelus Consultancy pun boleh.

Dah ramai usahawan dan individu yang kami bantu samada baru ingin declare cukai atau ingin mengelakkan dikenakan denda cukai LHDN yang tinggi.

Jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.