Setiap pengarah syarikat seperti yang telah dibincangkan pada artikel yang lepas diberikan kelebihan untuk membuat tuntutan perbelanjaan yang melibatkan urusan berkaitan perniagaan. Antara perbelanjaan yang boleh dituntut adalah perbelanjaan perjalanan, penginapan, makanan serta minuman. Tuntutan perbelanjaan ini amat penting kerana membolehkan urusan pengarah syarikat lebih mudah di samping memberikan kelebihan kepada syarikat bagi membuat tuntutan percukaian syarikat.
Leave Passage – Pengarah Boleh Bercuti Percuma?
Pengarah syarikat yang dilantik juga perlu tahu bahawa sekiranya mereka ingin bercuti dalam negara atau luar negara, kos tersebut boleh ditanggung sepenuhnya oleh syarikat mengikut kepada jumlah tanggungan yang diperuntukkan di bawah akta. Disebalik pengarah syarikat yang memegang tanggungjawab yang besar dan kesibukan mengendalikan syarikat, peruntukan akta di bawah lembaga hasil dalam negeri mewujudkan insentif seperti ini yang dikenali sebagai leave passage.
Apa itu Leave Passage?
Leave passage merupakan insentif yang diberikan oleh lembaga hasil dalam negeri yang diberikan dalam bentuk tuntutan percukaian yang boleh dituntut oleh sesebuah syarikat sekiranya diberikan kelebihan tersebut kepada pengarah syarikat yang dilantik. Leave passage juga merupakan perjalanan pelancongan yang diambil pada tempoh masa ketidakhadiran atau percutian yang diambil daripada pekerjaan seseorang pengarah syarikat.
Leave passage juga dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu percutian di dalam dan di luar negara. Bagi percutian yang melibatkan aktiviti di dalam negara, ia melibatkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak. Manakala, bagi percutian luar negara, ia melibatkan negara-negara luar iaitu seperti negara Asia, Eropah dan sebagainya.
Insentif Leave Passage
Tujuan insentif leave passage diwujudkan adalah untuk memberikan kelebihan kepada pengarah syarikat bagi menikmati manfaat melancong yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Perkara ini juga diberikan bagi memastikan setiap pengarah syarikat yang bertungkus lumus membangunkan syarikat diberikan kelebihan dan diberikan cuti rehat yang cukup bagi meningkatkan lagi semangat dan usaha bagi meningkatkan hasil syarikat.
Insentif leave passage diberikan dalam konsep tahunan dimana setiap pengarah syarikat yang bercuti ke dalam dan luar negara akan ditanggung secara konsep tahunan. Tetapi kadar tanggungan juga telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dimana kadar tersebut dibezakan mengikut percutian di dalam dan di luar negara. Hal ini kerana perbezaan kadar yang diberikan adalah mengikut kepada kesesuaian semasa dimana percutian di dalam negara adalah mengikut kepada kadar currency semasa dan tidak terlalu tinggi manakala kadar di luar negara dihadkan oleh kerana kadar currency yang lebih tinggi menjadikan kos tersebut agak besar untuk ditanggung oleh syarikat.
Kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil dalam Negeri adalah sebanyak tiga kali bagi percutian dalam negara. Sekiranya pengarah syarikat bercuti di dalam negara seperti percutian ke Pulau Perhentian maka had yang diberikan adalah sebanyak tiga kali bagi tujuan tersebut. Bagi percutian yang melibatkan luar negara, ianya dihadkan kepada RM3,000 sahaja dimana sekiranya pengarah bercuti ke luar negara seperti di Vietnam maka kos yang ditanggung oleh syarikat hanyalah dihadkan kepada jumlah tersebut sahaja.
Oleh yang demikian, sebagai pengarah syarikat anda perlu tahu bahawa sekiranya anda bercuti ke dalam atau luar negara maka terdapat kos yang akan ditanggung oleh syarikat dan bagi kelebihan syarikat yang menanggung kos tersebut pula akan diberikan pengecualian cukai bagi tujuan leave passage tersebut. Justeru, kelebihan leave passage ini dapat memberikan manfaat kepada pengarah dan juga kepada syarikat. Harap bermanfaat!
“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.