Cara pengurangan cukai dengan derma dan zakat. Nak tahu macam mana? Jom baca!
Dalam sesebuah syarikat atau perniagaan, terdapat pelbagai kos yang melibatkan segala operasi dan aktiviti syarikat dari semasa ke semasa.
Sebagaimana yang setiap usahawan tahu, mereka wajib membuat deklarasi percukaian serta membayar zakat pendapatan atau zakat perniagaan. Setiap perniagaan yang mempunyai pendapatan wajib membayar zakat mengikut kepada nilai nisab semasa.
Perkara yang perlu setiap usahawan faham adalah segala dana yang melibatkan zakat akan disalurkan kepada individu-individu yang memerlukan terutamanya para asnaf serta golongan fakir miskin.
Sebagai pengusaha perniagaan, harus diingatkan bahawa tujuan utama perniagaan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan di samping membantu diri sendiri ke arah menjadikan perniagaan kita sebagai perniagaan yang bermanfaat.
Walaubagaimanapun, bayaran zakat yang dikenakan ke atas pendapatan syarikat tidaklah menghalang anda berzakat melalui medium yang lain sekiranya berniat untuk berbuat demikian.
Hal ini kerana segala bentuk sumbangan tidak mempunyai sebarang sekatan dan nilai yang ditetapkan kepada setiap individu. Dalam erti kata lain, setiap individu bebas untuk berzakat melebihi nilai yang ditetapkan oleh jabatan zakat.
Selain itu, usahawan juga perlu tahu bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah memperuntukkan pengecualian cukai di bawah zakat dan derma kepada setiap usahawan yang berbuat demikian.
Inisiatif ini adalah untuk memberikan galakan kepada setiap usahawan untuk sentiasa menderma sekiranya mampu atau mempunyai lebihan kewangan kepada insan yang lebih memerlukan.
Oleh yang demikian, tidak menjadi satu permasalahan sekiranya usahawan atau individu yang mampu untuk memberikan segala jenis bentuk bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak mengira nilai dan masa.
Kaedah zakat pada kebiasaannya dikenakan ke atas pendapatan adalah sebanyak 2.5 peratus ke atas pendapatan syarikat.
Pengurangan Cukai Menerusi Zakat & Derma
Namun, tahukah anda bahawa zakat dan derma juga dapat membantu dalam mengurangkan cukai ke atas perniagaan anda?
Sebagaimana yang telah diterangkan tadi, zakat dan derma telah diperuntukkan di bawah cukai pendapatan oleh sebab kerajaan mahu menggalakkan setiap usahawan yang mempunyai lebihan kewangan untuk menderma kepada individu yang lebih memerlukan.
Sebagai contoh, setiap zakat yang telah dibayar oleh syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan dikecualikan daripada cukai syarikat oleh kerana peruntukan yang menyediakan pada kadar 2.5 peratus.
Manakala bagi konsep derma yang tidak mengira nilai diberikan kepada syarikat yang menjalankan inisiatif derma tersebut. Antara derma yang diberikan kebiasaannya adalah derma berunsur pakaian, makanan, wang dan sebagainya.
Diingatkan juga bahawa sekiranya para usahawan ingin menderma, anda lebih digalakkan supaya menderma kepada badan-badan yang wujud sebagaimana yang telah disenaraikan supaya setiap kali anda menderma, derma tersebut akan diberikan resit ataupun anda juga perlu memastikan badan tersebut mempunyai nombor akaun bank yang sah di samping berdaftar sebagai badan yang boleh mengeluarkan resit bayaran.
Walaupun inisiatif derma adalah dituntut tetapi usahawan perlu juga menitikberatkan hal-hal seperti kewujudan badan tersebut sebelum menderma oleh kerana terdapat banyak badan yang mempunyai unsur penyelewengan atau berunsur scammer.
Oleh itu, pastikan anda membuat carian atau mengenalpasti badan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat derma.
Justeru, usahawan adalah diseru supaya mendermakan sebahagian daripada keuntungan syarikat serta berzakat supaya perniagaan sentiasa dalam keberkatan serta membolehkan syarikat mendapat manfaat dalam percukaian melalui pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan.
Harus diingatkan juga bahawa derma yang diberikan kepada badan kerajaan juga turut mendapat pengecualian cukai sebanyak 100 peratus kepada syarikat.
“Perlukan Konsultansi & Cara Pengurangan Cukai?”
Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.