Kebanyakan pemilik bisnes yang belum mempunyai syarikat Sdn. Bdh, mereka selalu bertanya betul ke dapat kurangkan cukai dengan buka Sdn. Bhd?

Bila sebut berkenaan cukai, ramai sebenarnya yang mula rasa takut. Nak tahu kenapa ramai yang takut? Sebab kebanyakan daripada mereka tidak faham bagaimana konsep cukai dan apa sebenarnya yang dikenakan cukai.

Senario yang sama juga akan dialami oleh para pemilik bisnes. Rata-rata pemilik bisnes hanya tahu bagaimana untuk mendapatkan jualan dan membuat untung. Namun, tidak ramai yang tidak ada pengetahuan berkenaan akaun, audit dan cukai.

Namun, satu perkara yang makin diketahui oleh para pemilik bisnes adalah, jika mereka buka sdn bhd, mereka dapat kurangkan cukai. Perkara ini sering diiklankan dan diwar-warkan oleh firma setiausaha syarikat dan daripada sifu-sifu bisnes saat mereka mengajar cara mengurus bisnes.

Persoalannya, betul ke buka sdn bhd dapat mengurangkan cukai?

Kebaikan Buka Sdn Bhd

Banyak sebenarnya kebaikan buka sdn bhd berbanding dengan enterprise. Antara kebaikan buka sdn bhd adalah:

1. Boleh diwarisi atau dipindah milik

Berbeza dengan enterprise, jika pemilik bisnes enterprise meninggal dunia, bisnes tersebut akan secara automatik ditutup. Ia tidak boleh dipindah milik atau diwarisi kerana ia merupakan bisnes persendirian.

Lain pula dengan sdn bhd di mana ia boleh dipindah milik dan juga diwarisi jika berlaku kematian.

2. Entiti berasingan

Bagi sdn bhd, terdapat tiga entiti utama yang berasingan iaitu:

  • Syarikat
  • Pengarah
  • Pemegang saham

Jika apa-apa berlaku kepada salah satu entiti tersebut, ia tidak akan memberikan kesan kepada entiti yang lain. Sebagai contoh, jika berlaku apa-apa kepada pengarah atau pemegang saham, ia tidak akan menjejaskan syarikat.

Syarikat masih boleh beroperasi seperti biasa. Berbeza dengan bisnes enterprise di mana jika berlaku apa-apa kepada pemilik, bisnes tersebut akan terjejas atau boleh ditutup kerana ia dikira sebagai satu entiti sahaja.

Apa pula kaitan di antara setiap entiti tersebut?

Pengarah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat oleh para pemegang saham. Syarikat pula perlu memberikan ganjaran kepada pengarah sebanyak minimum RM5000 sebagai risiko penalti yang perlu ditanggung oleh pengarah.

Para pemegang saham pula bertanggungjawab untuk sediakan modal kepada syarikat. Syarikat pula boleh memberikan dividen kepada para pemegang saham jika syarikat mencatatkan keuntungan namun ia tidak diwajibkan dan perlu mendapat kelulusan daripada pengarah.

3. Kurangkan cukai dengan kadar cukai yang lebih rendah

Jadi, bagi menjawab soalan untuk perkongsian kali ini, memang benar bahawa sdn bhd dapat mengurangkan cukai. Kadar cukai bagi sdn bhd adalah jauh lebih murah iaitu sekitar 18% sehingga 24% sahaja.

Manakala bagi enterprise pula, kadar cukai yang boleh dikenakan adalah 0% sehingga 28%. Sebab itulah bagi kebanyakan pemilik bisnes enterprise yang biasanya dikenakan cukai sehingga ratusan ribu ringgit dapat mengurangkan cukai tersebut dengan cara berdaftar sebagai sdn bhd sahaja.

4. Kurangkan cukai dengan dividen

Pemilik syarikat boleh mengaut keuntungan dengan cara mengambil dividen. Apa yang menariknya mengenai kaedah ini adalah dividen yang diberikan kepada pemilik syarikat dan para pemegang saham tidak dikenakan cukai. Ia sekaligus dapat membantu pemilik dan pemegang saham untuk mengurangkan cukai.

5. Kredibiliti tinggi

Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi mana-mana bisnes yang berdaftar sebagai syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti enterprise samada secara milikan tunggal atau perkongsian. Ini adalah kerana syarikat sdn bhd dikawal selia oleh badan-badan profesional seperti setiausaha syarikat, akauntan, juruaudit dan juru cukai. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan pembekal yang berkualiti.

Rasanya itu sahaja perkongsian untuk kali ini mengenai samada sdn bhd dapat mengurangkan cukai dan kelebihan lain yang akan diterima jika anda membuka syarikat sdn bhd.

“Nak Belajar Kurangkan Cukai Dengan Sah?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.