“Ada ke teknik atau cara bayar cukai yang ramai tak guna?”

Percukaian merupakan perkara yang amat penting dan wajib dibuat oleh setiap individu yang menjalankan perniagaan. Di samping proses yang mudah, percukaian juga perlu melalui akauntan bertauliah bagi menjalankan aktiviti merekod segala kos dan pendapatan bagi sesebuah perniagaan. 

Seperti yang anda sebagai pemilik bisnes tahu, proses merekod segala kos melibatkan aktiviti perniagaan amat penting bagi menentukan tahap kewangan syarikat selain menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar bagi sesebuah perniagaan atau individu.

Ramai individu dan usahawan yang risau untuk declare cukai disebabkan oleh perasaan takut akan bayaran cukai yang tinggi yang terpaksa ditanggung. Namun, harus diingatkan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif bagi membantu pihak usahawan yang risau apabila dikenakan cukai yang tinggi pada setiap tahun. 

Perkara yang telah disediakan adalah insentif-insentif seperti pengecualian cukai yang diberikan kepada semua pemilik perniagaan berdasarkan kepada kriteria masing-masing. Anda boleh rujuk ke laman sesawang Lembaga Hasil dalam Negeri untuk maklumat lanjut.

Cara Bayar Cukai – Tax Instalment

Setiap kali tibanya waktu bagi para peniaga menyediakan penyata kunci kira-kira bagi tujuan percukaian, pastinya perkara utama yang menjadi kegusaran adalah kos atau nilai yang perlu disediakan untuk membayar cukai tersebut. 

Namun, tahukah anda bahawa setiap perniagaan dan syarikat boleh menggunakan insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk dimanfaatkan oleh usahawan iaitu bayaran cukai secara ansuran atau tax installment

Konsep bayaran cukai secara ansuran ini adalah inisiatif yang tidak ramai usahawan tahu yang mampu membantu daripada segala aspek terutamanya apabila perlu membayar cukai yang tinggi.

Sekiranya syarikat atau perniagaan tersebut telah mencapai tarikh akhir bagi bayaran cukai taksiran dan masih gagal melangsaikan cukai tersebut, maka kelonggaran untuk membuat bayaran baki cukai secara ansuran akan diberikan. 

Perkara utama yang perlu dilakukan oleh perniagaan tersebut adalah mereka perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan Lembaga Hasil dalam Negeri dimana fail fizikal syarikat atau perniagaan disimpan sebelum mencapai tarikh akhir bayaran cukai tahunan tersebut. Skim ansuran tersebut adalah CP204 dimana hanya dikhaskan kepada perniagaan yang telah menjalankan aktiviti perniagaan. Sekiranya perniagaan tersebut belum memulakan operasi maka tidak perlu mengemukakan borang CP204.

Bagi perniagaan atau syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran bagi bayaran cukai secara ansuran hendaklah dibuat pada jumlah yang sama banyak bermula bulan kedua bagi sesebuah tahun taksiran. Berikut dilampirkan jadual bagi rujukan anda:

Contoh Jadual Cara Bayar Cukai

Contoh:

Jumlah bulan=12 bulan  
Cukai Anggaran=RM12,000  
Jumlah ansuran bulanan=RM12,000  
 =RM12,000 / 12=RM1,000

Melalui rujukan di atas, bagi perniagaan atau syarikat yang baru beroperasi, bayaran secara ansuran adalah bermula pada bulan yang keenam bagi sesuatu tempoh iaitu secara mudahnya dibayar pada bulan keenam selepas syarikat memulakan aktiviti perniagaan mereka. 

Namun, harus diingatkan juga bahawa setiap perniagaan perlu membuat bayaran ansuran percukaian yang telah dibuat anggaran pada selewat- lewatnya 15 hari bulan setiap bulan. Setelah cukai sebenar bagi sesebuah tahun taksiran telah ditentukan, maka baki cukai selepas ditolak dengan bayaran ansuran yang telah dibuat perlu dibayar selewat-lewatnya sebelum hari terakhir iaitu tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun.

Oleh itu, sebagai individu pembayar cukai, harus diingatkan bahawa terdapat pelbagai insentif yang boleh diambil sekiranya anda cakna berkenaan dengan informasi di bawah Lembaga Hasil dalam Negeri. Semoga bermanfaat.

“Perlukan Konsultansi Cukai?”

Bagi sesebuah syarikat, adalah penting untuk anda mengambil tahu, mengurus dan membayar cukai berkaitan perniagaan tepat pada masanya. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.