Anda masih belum pernah declare cukai perniagaan? Atau anda memerlukan bantuan untuk pengiraan cukai yang lebih baik?
Ye la. Penat sebenarnya bila kurang ilmu berkenaan perakaunan dan percukaian ini. Tambah-tambah buat anda yang bergelar usahawan. Disebabkan oleh sedikit kesilapan, besar pula cukai yang terpaksa dibayar.
Declare Cukai Perniagaan
Keuntungan yang anda peroleh daripada aktiviti perniagaan atau perdagangan anda merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Apa Yang Dikira Sebagai Perniagaan?
Bila sebut berkenaan perniagaan, ia mestilah samada terdiri daripada salah satu daripada dua perkara berikut:
- Milikan Tunggal/Bekerja Sendiri : Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
- Perkongsian : Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan.
Perkongsian mungkin wujud di antara :
- Individu-individu
- Dua syarikat
- Individu dan syarikat
- Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
Berikut merupakan senarai contoh perniagaan iaitu:
- Perniagaan runcit
- Perniagaan atas talian (online). Contoh: Shoppe
- Pemandu perkhidmatan e-Hailing. Contoh: Grabcar
- Perniagaan jualan langsung
- Pertanian dan penternakan
- Perniagaan makanan dan minuman
- Klinik, firma guaman atau lain-lain Pengamal professional
- Penulis, Pereka, Penceramah agama, Perunding motivasi
- Broker Saham, Ejen Insurans/ Ejen lain-lain
- Perundingan dan perkhidmatan termasuk jurusolek artis,jurukamera
- perkahwinan, personal shopper dan lain-lain
- Pusat Tuisyen/Tuisyen persendirian/ Home tuition
- Perniagaan Jahitan dan Sulaman
- Personal shopper
- Taska/Tadika persendirian
Declare Cukai Perniagaan – Tanggungjawab Peniaga
Tanggungjawab paling utama buat anda yang bergelar peniaga adalah untuk memastikan anda membayar cukai pada masa yang telah ditetapkan. Memang betul tiada siapa yang memberikan pendedahan kepada anda berkenaan akaun dan cukai sewaktu anda mula-mula berniaga.
Namun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda tidak menghubungi pakar cukai atau mendapatkan konsultansi daripada firma akaun dan cukai seperti kami di Angelus Consultancy.
Kami ada menawarkan konsultansi percuma selama 30 minit untuk anda. Link untuk informasi lebih lanjut ada di akhir artikel.
Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebaik sahaja anda bergelar usahawan dan menjalankan perniagaan. Antaranya adalah:
- Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan.
- Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima).
- Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian).
- Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen.
- Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu).
- Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat.
- Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan – Nota penerangan Borang B / Nota penerangan Borang P.
- Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) – Skim Ansuran CP500
Pendapatan Dikenakan Cukai
Anda perlu melakukan sesi konsultansi dengan pakar cukai untuk mereka membantu anda mengenal pasti jenis pendapatan yang dikenakan cukai dan juga pendapatan yang boleh mendapat pengecualian cukai.
Hal ini adalah penting kerana kebiasaannya pakar cukai mempunyai maklumat terkini berkenaan pendapatan yang mendapat pengecualian cukai ini. Selain itu, mereka juga dapat mengenal pasti dengan sebaiknya apa yang boleh dikecualikan cukai dalam perniagaan anda.
Sebab itulah rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada mereka ini.
“Macam banyak je nak kena tahu berkenaan cukai dan audit ni?”
Jangan risau. Kami ada sediakan artikel dan juga konsultansi untuk memudahkan anda memahami akaun, cukai dan audit.
Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.
Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultasi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.