Bila ditanya kepada pemilik bisnes terutamanya, ramai yang menggaru kepala bila tiba masa untuk memudahkan urusan akaun, audit dan cukai kerana mereka tidak jelas akan fail cukai, akaun dan audit yang perlu disediakan.

Semua pemilik bisnes tahu bahawa mereka perlu sediakan beberapa fail untuk memudahkan proses ini.

Apa yang menjadi masalah adalah, mereka tidak tahu fail apa yang diperlukan sahaja.

Bila tiba tarikh akhir tempoh perakaunan iaitu apabila perniagaan telah mencapai tempoh setahun atau 12 bulan, mulalah kelam kabut kerana ada banyak lagi yang belum disediakan untuk melengkapkan rekod perakaunan dan penyata kewangan.

Jangan risau. Sebab itulah kami di Angelus Consultancy nak kongsikan dengan anda berkenaan 9 fail cukai dan audit yang anda perlu sediakan dari sekarang. Jom baca!

9 Fail Cukai & Audit

Untuk pengetahuan anda, 9 fail cukai dan audit tersebut adalah seperti berikut:

  • Jualan, invois, penyata dan bil
  • Borang claim
  • Penyata bank (bank statement) dan lain-lain fasiliti
  • Petty cash
  • Pembelian, invois pembekal (supplier invoice) dan bil
  • Perbelanjaan pekerja seperti gaji, EPF, Socso, PCB dan lain-lain
  • Aset syarikat
  • Stok syarikat
  • Undang-undang dan kesetiausahaan syarikat

Sebagai pemilik bisnes, penting untuk anda mempunyai pengetahuan asas mengenai akaun, audit dan cukai. Di dalam kitaran perakaunan, ada 9 perkara atau kitaran yang sangat penting untuk anda tahu iaitu:

  • Dokumen perniagaan
  • Buku catatan pertama
  • Lejar
  • Imbangan duga
  • Pelarasan
  • Imbangan duga terlaras
  • Penyata kewangan
  • Catatan penutup
  • Urus niaga

Di dalam kesemua kitaran tersebut, kitaran di bawah adalah di antara kitaran yang paling penting dan paling berkaitan dengan audit dan cukai:

  • Dokumen perniagaan
  • Buku catatan pertama
  • Penyata kewangan

“Saya masih keliru berkenaan penyata kewangan.”

Jangan risau. Kami akan sentuh juga dalam perkongsian 9 fail cukai dan audit ini berkenaan penyata kewangan.

Sebagai pemilik bisnes, kita dah biasa sangat dengar mengenai penyata kewangan. Ada yang buat dan masih ramai juga yang belum buat.

Bukanlah kita tidak ingin declare cukai atau sebagainya. Kita cuma tidak jelas dan tiada bantuan yang sewajarnya untuk memahami dengan sebaiknya perkara ini.

Bagi sesebuah penyata kewangan, untuk ia dikira sebagai lengkap, ia perlulah mempunyai perkara-peraka di bawah:

  • Kunci kira-kira
  • Penyata pendapatan
  • Penyata ekuiti
  • Penyata aliran tunai

Kesemua perkara yang berkaitan penyata seperti yang disebutkan di atas mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri. Ia mempunyai maklumat tertentu yang sangat diperlukan di dalam perniagaan.

Daripada kesemua yang disebutkan tadi, hanya kunci kira-kira dan penyata pendapatan yang akan digunakan bagi tujuan percukaian.

Dokumen Sokongan

Terdapat beberapa dokumen lain yang para pemilik bisnes perlu pastikan ia disediakan dan disimpan dengan sebaiknya bagi memudahkan urusan melengkapkan penyata kewangan. 

Kebanyakan peniaga sebenarnya bukanlah sengaja untuk tidak menyediakan dan menyimpan segala dokumen sokongan ini sebenarnya. Sebaliknya, ramai yang tidak tahu dan tidak mempunyai asas yang kukuh berkenaan audit dan cukai.

Sebab itulah kami berkongsi di dalam perkongsian kali ini segalanya yang anda perlu tahu mengenai 9 fail audit dan cukai.

Antara dokumen sokongan yang perlu disimpan bagi tujuan cukai adalah:

1. Penyata kewangan : Kunci kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai

2. Lejer Am yang menyimpan rekod bagi semua transaksi perniagaan.

3. Penyata Bank dan Penyata Penyesuaian Bank yang menunjukkan perbezaan di antara baki dalam akaun dan baki yang ada di dalam bank.

4. Slip simpanan bank atau bank in slip yang berfungsi untuk menunjukkan jumlah simpanan dan nama pembayar (jika ada).

5. Cheque butt atau turut dikenali sebagai puntung cek yang merupakan bahagian tepi cek yang dilengkapkan dengan nama penerima, amaun pembayaran dan juga tujuan pembayaran.

6. Invois jualan.

7. Resit penerimaan pembayaran (jika ada).

8. Invois belian.

9. Penyata akaun daripada pembekal (jika ada).

10. Baucer bayaran atau payment voucher yang mana ia akan menjadi lebih baik dan berguna jika anda dapatkan bersama-sama tandatangan penerima.

11. Borang tuntutan atau claims daripada staf berserta resit.

12. Resit-resit perbelanjaan.

13. Bil/Invois perbelanjaan.

14. Slip gaji (salinan majikan).

15. Penyata KWSP/SOCSO.

16. Penyata PCB staf (jika ada).

17. Rekod taksiran cukai.

18. Rekod pembayaran cukai.

19. Penyata pinjaman (jika ada).

20. Perjanjian sewa dan pinjaman (jika ada).

21. Rekod pergerakan stok.

“Macam banyak je berkaitan fail cukai dan audit ni?”

Jangan risau. Senarai yang telah kami berikan pasti akan sangat membantu anda sebenarnya.

Dengan adanya semua ini maka lebih mudahlah urusan pengauditan dan percukaian anda.

Tapi, jika anda memerlukan bantuan dan konsultansi yang lebih menyeluruh mengenai fail cukai dan audit ini, anda boleh terus hubungi kami.